Tuesday, November 8, 2011

Peneroka Harus Faham Apa Itu 'Good Role In Business - GRIP'

8NOVEMBER2011

Tidak ramai peneroka faham bahawa Felda sebenarnya terbahagi kepada dua entiti berbeza yang saling mendukung kepentingan masing-masing untuk menggerakkan fasa pembangunan peneroka dari peringkat bantuan penuh kerajaan kepada peringkat berdikari sehingga kepada peringkat rakan kongsi di dalam membangunkan ekonomi negara.

Felda diwujudkan dengan nilai murni dari aspirasi Tun Razak untuk memartabatkan orang Melayu khususnya di persada ekonomi kebangsaan dan dunia. Setelah lebih 50tahun berlalu, Felda bersama peneroka telah menampan pelbagai rintangan dan berjaya mencapai matlamatnya. Persoalannya, tanpa kebijakan oleh peneroka sebagai pemegang saham utama di dalam kejayaan Felda, tidak mungkin Felda dan peneroka mampu mengharungi cabaran baru menjelang 50tahun fasa kedua yang mendatang.

Cabaran baru bukanlah sesuatu yang harus dihindari kerana ia adalah sesuatu yang pasti justeru dunia sentiasa berevolusi menurut peredaran keperluannya. Kita sebagai anggota yang menumpang bahtera perubahan harus faham dan bersiap sedia untuk menyesuaikan diri dengan kehendak perubahan tersebut. Inilah yang dinamakan sebagai 'Business Plan'. Banyak syarikat gergasi seperti Ford, Kodak, Nokia dan sebagainya ketinggalan berbanding pesaing kerana mereka enggan menerima perubahan.

Good Role In Business.
Pada dasarnya, ia bermaksud kerajaan mengelak untuk bersaing dengan sektor perniagaan di dalam perebutan ruang dan peluang berkepentingan keuntungan.

Ia bertujuan agar kerajaan lebih fokus memainkan peranan di dalam memangkin pembangunan sosial manakala sektor perniagaan akan lebih fokus kepada pembangunan korporat.

Pertembungan kedua-duanya akan membuahkan manfaat untuk peneroka khususnya dan dinamakan sebagai 'Transformasi Tanggungjawab Sosial Korporat'.

Felda sebagai entiti 'Tanggungjawab Korporat'.
Melalui 'Business Plan Transformation', Felda akan memainkan peranan yang fokus di dalam mengembangkan peluang dan meneroka ruang-ruang baru bagi memanfaatkan kelebihan dan keupayaan Felda yang sebenar hasil dari sumbangan peneroka selaku 'major stake holder' dan ia dinamakan sebagai 'Unlock The Potential'.

Persaingan di dalam industri kelapa sawit semakin sengit kerana berbagai faktor seperti pengetahuan, demografi, permintaan dan sebagainya. Lambat-laun, Felda akan ditandingi oleh pesaing-pesaing lain dan apakah nasib peneroka ketika itu ? Mampukah peneroka terus bergantung kepada kaedah hasil dari pertanian semata-mata tanpa membeli perlindungan insuran untuk melindungi kepentingan pendapatannya bukan sekadar kepentingan sahaja ?

Peneroka harus membuka mata melihat bagaimana industri hiliran membangun dan meraih laba hasil dari manipulasi bahan asas sawit sedangkan mereka tidak memiliki hatta sebatang pokok sawit. Industri hiliran ini bukan sekadar untung tetapi keuntungannya berlipat kali ganda berbanding Felda. Industri hiliran ini adalah Nestle, Unilever dan sebagainya.

Felda tidak berhasrat untuk menjadi pesaing kepada industri hiliran sedia ada tetapi lebih berminat untuk memiliki pegangan ekuiti dan saham di dalam industri tersebut. Dengan yang demikian, Felda akan menjadi rakan kongsi kepada ancaman yang mampu mencorakkan nasib dan masa depan industri sawit.

KPF sebagai entiti 'Tanggungjawab Sosial'.
Peneroka ada banyak kehendak dan tuntutan sosial selaras dengan kedudukannya sebagai 'major stake holder' di dalam Felda. Kepentingan peneroka harus dijustifikasikan oleh wakil bukan peneroka di dalam Felda. Oleh yang demikian, wakil yang mewakili kepentingan peneroka harus datangnya dari pihak yang tiada konflik kepentingan di dalam KPF dari Felda.

Ini menjelaskan dasar 'Good Role In Business' oleh transformasi kerajaan terhadap tanggungjawab sosial terutamanya di dalam isu Felda dan peneroka.

Kehendak peneroka adalah pengendalian kepentingan mereka dengan baik dan berkesan. Peneroka harus memastikan insuran mereka benar-benar terjamin dan diuruskan dengan baik selain beramanah.

Akhirnya, pada suatu ketika nanti, berkemungkinan peneroka hanya perlu melaba dari keuntungan saham dan bukan sekadar berkais pagi dan petang begi menyuap nasi ke mulut. Peneroka akhirnya akan mengendalikan hasil dari pengorbanan mereka mengumpul kepentingan di dalam memicu ekonomi negara selama berpuluh tahun. Dengan erti kata lain, tak perlu menoreh ataupun memotong tetapi masih terjamin sumber pendapatannya.

Mitos Modenisasi 'Business Plan'.
Peneroka ditakut-takutkan dengan dongeng dan mitos kononnya tanah mereka akan dirampas oleh dasar kerajaan yang baru. Itu adalah pembohongan kerana sebenarnya, tanah rancangan adalah tanah yang disewakan kepada Felda dan dikembalikan amanahnya kepada peneroka oleh kerajaan negeri. Peneroka membayar sejumlah premium terhadap tanah yang mereka pajak dari kerajaan negeri. Jika tanah tersebut milik kekal peneroka, peneroka sekadar perlu membayar cukai.

Berkongsi untuk mendapat manfaat adalah kesedaran yang perlu ada di dalam minda peneroka selain daripada menanamkan rasa bersyukur kerana ada pihak yang prihatin terhadap nasib mereka.

Felda Melestari Kesejahteraan - Bukan Dongeng Tetapi Kenyataan.
facebook Comments

0 comments:

Post a Comment