Tuesday, November 8, 2011

Peneroka Harus Faham Apa Itu 'Good Role In Business - GRIP'

8NOVEMBER2011

Tidak ramai peneroka faham bahawa Felda sebenarnya terbahagi kepada dua entiti berbeza yang saling mendukung kepentingan masing-masing untuk menggerakkan fasa pembangunan peneroka dari peringkat bantuan penuh kerajaan kepada peringkat berdikari sehingga kepada peringkat rakan kongsi di dalam membangunkan ekonomi negara.

Felda diwujudkan dengan nilai murni dari aspirasi Tun Razak untuk memartabatkan orang Melayu khususnya di persada ekonomi kebangsaan dan dunia. Setelah lebih 50tahun berlalu, Felda bersama peneroka telah menampan pelbagai rintangan dan berjaya mencapai matlamatnya. Persoalannya, tanpa kebijakan oleh peneroka sebagai pemegang saham utama di dalam kejayaan Felda, tidak mungkin Felda dan peneroka mampu mengharungi cabaran baru menjelang 50tahun fasa kedua yang mendatang.

Cabaran baru bukanlah sesuatu yang harus dihindari kerana ia adalah sesuatu yang pasti justeru dunia sentiasa berevolusi menurut peredaran keperluannya. Kita sebagai anggota yang menumpang bahtera perubahan harus faham dan bersiap sedia untuk menyesuaikan diri dengan kehendak perubahan tersebut. Inilah yang dinamakan sebagai 'Business Plan'. Banyak syarikat gergasi seperti Ford, Kodak, Nokia dan sebagainya ketinggalan berbanding pesaing kerana mereka enggan menerima perubahan.

Good Role In Business.
Pada dasarnya, ia bermaksud kerajaan mengelak untuk bersaing dengan sektor perniagaan di dalam perebutan ruang dan peluang berkepentingan keuntungan.

Ia bertujuan agar kerajaan lebih fokus memainkan peranan di dalam memangkin pembangunan sosial manakala sektor perniagaan akan lebih fokus kepada pembangunan korporat.

Pertembungan kedua-duanya akan membuahkan manfaat untuk peneroka khususnya dan dinamakan sebagai 'Transformasi Tanggungjawab Sosial Korporat'.

Felda sebagai entiti 'Tanggungjawab Korporat'.
Melalui 'Business Plan Transformation', Felda akan memainkan peranan yang fokus di dalam mengembangkan peluang dan meneroka ruang-ruang baru bagi memanfaatkan kelebihan dan keupayaan Felda yang sebenar hasil dari sumbangan peneroka selaku 'major stake holder' dan ia dinamakan sebagai 'Unlock The Potential'.

Persaingan di dalam industri kelapa sawit semakin sengit kerana berbagai faktor seperti pengetahuan, demografi, permintaan dan sebagainya. Lambat-laun, Felda akan ditandingi oleh pesaing-pesaing lain dan apakah nasib peneroka ketika itu ? Mampukah peneroka terus bergantung kepada kaedah hasil dari pertanian semata-mata tanpa membeli perlindungan insuran untuk melindungi kepentingan pendapatannya bukan sekadar kepentingan sahaja ?

Peneroka harus membuka mata melihat bagaimana industri hiliran membangun dan meraih laba hasil dari manipulasi bahan asas sawit sedangkan mereka tidak memiliki hatta sebatang pokok sawit. Industri hiliran ini bukan sekadar untung tetapi keuntungannya berlipat kali ganda berbanding Felda. Industri hiliran ini adalah Nestle, Unilever dan sebagainya.

Felda tidak berhasrat untuk menjadi pesaing kepada industri hiliran sedia ada tetapi lebih berminat untuk memiliki pegangan ekuiti dan saham di dalam industri tersebut. Dengan yang demikian, Felda akan menjadi rakan kongsi kepada ancaman yang mampu mencorakkan nasib dan masa depan industri sawit.

KPF sebagai entiti 'Tanggungjawab Sosial'.
Peneroka ada banyak kehendak dan tuntutan sosial selaras dengan kedudukannya sebagai 'major stake holder' di dalam Felda. Kepentingan peneroka harus dijustifikasikan oleh wakil bukan peneroka di dalam Felda. Oleh yang demikian, wakil yang mewakili kepentingan peneroka harus datangnya dari pihak yang tiada konflik kepentingan di dalam KPF dari Felda.

Ini menjelaskan dasar 'Good Role In Business' oleh transformasi kerajaan terhadap tanggungjawab sosial terutamanya di dalam isu Felda dan peneroka.

Kehendak peneroka adalah pengendalian kepentingan mereka dengan baik dan berkesan. Peneroka harus memastikan insuran mereka benar-benar terjamin dan diuruskan dengan baik selain beramanah.

Akhirnya, pada suatu ketika nanti, berkemungkinan peneroka hanya perlu melaba dari keuntungan saham dan bukan sekadar berkais pagi dan petang begi menyuap nasi ke mulut. Peneroka akhirnya akan mengendalikan hasil dari pengorbanan mereka mengumpul kepentingan di dalam memicu ekonomi negara selama berpuluh tahun. Dengan erti kata lain, tak perlu menoreh ataupun memotong tetapi masih terjamin sumber pendapatannya.

Mitos Modenisasi 'Business Plan'.
Peneroka ditakut-takutkan dengan dongeng dan mitos kononnya tanah mereka akan dirampas oleh dasar kerajaan yang baru. Itu adalah pembohongan kerana sebenarnya, tanah rancangan adalah tanah yang disewakan kepada Felda dan dikembalikan amanahnya kepada peneroka oleh kerajaan negeri. Peneroka membayar sejumlah premium terhadap tanah yang mereka pajak dari kerajaan negeri. Jika tanah tersebut milik kekal peneroka, peneroka sekadar perlu membayar cukai.

Berkongsi untuk mendapat manfaat adalah kesedaran yang perlu ada di dalam minda peneroka selain daripada menanamkan rasa bersyukur kerana ada pihak yang prihatin terhadap nasib mereka.

Felda Melestari Kesejahteraan - Bukan Dongeng Tetapi Kenyataan.
facebook Comments

Anwar Enggan Peneroka Felda Jadi Jutawan

Sumber : Raja Petra Kamaruddin


7November2011

Jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad bahawa FELDA bakal dibayar RM1 billion bagi meneruskan tujuan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka setiap tahun selama 99 tahun adalah BOHONG DAN PENIPUAN TERBESAR
By Suara Felda
1. Menteri Koperasi sendiri tidak tahu menahu dan enggan mengeluarkan surat arahan Menteri bertarikh ke belakang (back dated) untuk masuk campur isu rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda demi memenuhi nafsu Isa Samad kecuali diarahkan PM Najib.
Campurtangan beliau dalam Koperasi Permodalan Felda bakal memberikan imej tidak baik, dianggap campur tangan politik kerajaan dalam sebuah koperasi yang aman dan berjaya serta bakal dibantah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa (www.ica.coop/al-ica) yang turut dianggotai oleh Angkasa. Difahamkan beberapa lembaga pengarah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa dari EU dan Afrika akan mengadakan kenyataan bantahan dalam hal ini tidak lama lagi.
Berdasarkan potensi perkara ini bakal memburukkan imej negara dan menjejaskan peti undi Felda di Parlimen Bera (sekurang-kurangnya 14 peti undi Felda terlibat di bawah Parlimen Bera) Dato Seri Ismail Sabri akan terus mengambil pendirian berdiam diri dan tidak akan menyokong usaha Isa Samad merampas kuasa Pengerusi Koperasi Felda walaupun Isa Samad menjaja nama PM Najib ke sana ke mari.
2. Perjanjian Pajakan di antara Felda Global Ventures dan FELDA yang disorokkan dari diketahui warga Felda sekalian jelas menyatakan pajakan tanah terlibat adalah:
Tanah-tanah perladangan Felda yang diuruskan Felda Plantation berjumlah 360,000 hektar DAN;
Tanah-tanah sedia ada Felda (Additional Existing Land) yang telah dibenarkan kerajaan negeri untuk dibangunkan. Contohnya tanah Felda sendiri digunakanFelda dan peneroka untuk tujuan pertanian, perniagaan, sukan, perumahan generasi kedua, resort-resort Felda, serta tanah di mana penyelidikan. Dalam perjanjian itu menyebut bahawa jika tanah tersebut sudah mendapat geran,ia akan diberikankepada Felda Global Venture secara automatik dan jika belum diberikan geran akan diserahkan kepada Felda Global secara 3 tahun secara penyambungan automatik sehingga 99 tahun. Jika peneroka-peneroka pada masa ini ada mengadakan aktiviti perniagaan, pertanian atau sosial di tanah Felda yang akan diambil alih Felda Global Venture, bersedialah untuk membayar sewa atau dirampas kembali tanah-tanah tersebut oleh Felda Global Venture bagi aktiviti yang mereka anggap lebih menguntungkan kepada kroni Isa Samad dan Sabri Ahmad
Tanah-tanah masa hadapan (Future land) yang bakal dibeli FELDA akan diserahkan kepada Felda Global Venture
JIKA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MENAFIKAN PERKARA INI, SEBAIK-BAIKNYA TUAN-PUAN PENEROKA MEMINTA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MEMINTA DITUNJUKKAN DAHULU SURAT PERJANJIAN PAJAKAN DI ANTARA FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES SEBELUM PAJAKAN DIMULAKAN PADA 1.01.2012. JIKA ENGGAN, DISARANKAN TUAN-PUAN MENYAMAN FELDA DARI MEMBUAT KEPUTUSAN MERUGIKAN MASA HADAPAN PENEROKA DAN ANAK-ANAK DAN MEMOHON INJUKSI MAHKAMAH BAGI MENGHALANG TINDAKAN PAJAKAN INI DILAKUKAN TANPA SURAT PAJAKAN INI DITELITI DAN MENDAPATKAN PERSETUJUAN SEMUA PENEROKA MELALUI SEBUAH REFERENDUM
Struktur Pra-Penyenaraian Felda Global Venture telah direka khusus bagi menipu rakyat terutamanya peneroka dan kakitangan Felda. Struktur Penyenaraian dimaksudkan adalah:

Tujuan Struktur Pra-Penyenaraian yang direka ini adalah seperti berikut:
· Mewujudkan situasi kononnya terdapat konflik kuasa eksekutif apabila Pengarah Besar FELDA memegang kedua-dua jawatan Pengarah Besar FELDA dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda dan menggunakan alasan urus tadbir korporat yang baik (bukan menggunakan peraturan Suruhanjaya Sekuriti BSKL), Isa Samad merampas kuasa Pengerusi KPF melalui agenda khas dalam mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA yang diadakan semasa ketiadaan Pengarah Besar yang menunaikan umrah dalam bulan Ramadan. Struktur ini dirancang sendiri oleh Sabri Ahmad, bukannya FELDA mahupun PM Najib sendiri bagi mewajarkan tindakan Isa Samad ini. Apabila Isa Samad menjadi Pengerusi KPF, perkara pertama akan dilakukan beliau adalah meluluskan pelepasan pegangan ekuiti KPF di dalam Felda Holdings Berhad, merombak pengurusan dan lembaga pengarah serta mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merubah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahli-ahlinya selama ini
· Menutup mata kakitangan dan peneroka iaitu ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda bahawa mereka bakal kehilangan 51% Saham dalam Felda Holdings Berhad iaitu Syarikat Utama yang mentadbir anak-anak syarikat Felda. Anak-anak syarikat ini tidak akan wujud tanpa usaha bersama pengurusan FELDA dan kakitangan dan Struktur Selepas Penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat akan jatuh kepada 30% sahaja dan 70% bakal diberikan kepada pelabur luar. FELDA pula disingkir keluar dari sebarang pemilikan dan hak dalam penyenaraian ini
· Hasil pelepasan hak Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat Felda dan pelepasan hak Felda dalam Felda Global Ventures dalam aktiviti dipanggil ‘divestment’ (lawan kepada investment) ini akan menghasilkan sedikit wang yang akan digunakan bagi aktiviti pemberian durian runtuh yang sangat tidak berbaloi jika dibandingkan pembayaran one-off durian runtuh VS pendapatan dividen 51% selama 99 tahun + kehilangan hak Felda dan peneroka terhadap anak-anak syarikat Felda + kehilangan pendapatan Felda sebanyak RM1.5 – 2.0 billion
Kepada anak-anak Felda dan peneroka Felda yang celik IT, minta anda terangkan kepada ibu bapa dan rakan-rakan peneroka lain untuk memilih salah satu di antara berikut:
DURIAN RUNTUH VS PENDAPATAN STABIL DAN HAK TERPELIHARA:
Durian Runtuh secara sekali pemberian iaitu MAKSIMUM gabungan wang tunai dan ‘pink form’ sebanyak RM20,000 – RM50,000 bergantung kepada serius mana bantahan peneroka
Pink Form atau Nilai Saham tersebut adalah keuntungan atas kertas sahaja. Ia diberi sebagai galakan kepada peneroka dan kakitangan untuk menjual pegangan mereka ke atas anak-anak syarikat Felda jika inginkan wang yang sebenar. Sebarang jualan akan dibeli oleh pelabur luar (Di Bursa Saham tidak ada sekatan terhadap profil pelabur sama ada bangsa lain, negara lain malah penjenayah juga boleh membelinya). Adalah dijangka jualan anak-anak syarikat Felda dan peluang memiliki tanah-tanah Felda ini sangat ditunggu pelabur luar Felda dan akan terlebih langgan beratus kali ganda. Bermaksud, sekali dijual, beratus calon menanti membeli saham anda terutama kroni Isa dan Sabri
· Koperasi Permodalan Felda kehilangan 51% saham majoriti daripada pegangan semua anak syarikat dan bakal tinggal 30% sahaja apabila penyenaraian berlaku.
· FELDA (pengurusan dan peneroka) tidak lagi ada HAK dan SUARA dalam anak-anak syarikat Felda malah adalah wajar FELDA mengarahkan nama FELDA dibuang dari Felda Global Ventures dan anak-anak syarikat Felda. Boleh diganti dengan Isa Global Ventures atau Sabri Prodata. Barulah terserlah PENIPUAN kononnya untuk masa hadapan FELDA tapi dihilangkan terus hak FELDA dan diberi kepada pelabur lain
· Perbelanjaan Felda setahun adalah paling kurang RM500 juta belanja pengurusan dan RM1.5 billion untuk peneroka bagi aktiviti pertanian dan sosio-ekonomi. Isa Samad dan Sabri Ahmad MEMAKSA FELDA menerima cuma sekitar RM500 juta sahaja (PAKSAAN INI TERDAPAT DALAM SURAT PAJAKAN FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES.SILA DAPATKAN PEGUAM UNTUK MINTA FELDA TUNJUK DAHULU SURAT PAJAKAN SEBELUM BERMULA 1.12.2012) Dengan pendapatan Felda hilang RM1.5 – RM2.0 billion, dijangka FELDA tidak lagi memberikan peneroka apa yang dinikmati selama ini seperti bantuan pertanian, pendidikan, usahawan, SIUF, kerohanian,sukan, perumahan dll. Kesimpulannya taraf istimewa peneroka FELDA jatuh kepada peserta tanah kampung lain seperti Kejora, Ketengah, Kesedar, Felcra dll.
· Kuota Peneroka memegang Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Felda akan dikurangkan kerana peneroka tiada lagi kaitan kecuali sekadar melabur dalam saham KPF yang memegang sekadar 30% daripada saham Felda Global Ventures
Jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad bahawa FELDA bakal dibayar RM1 billion bagi meneruskan tujuan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka setiap tahun selama 99 tahun adalah BOHONG DAN PENIPUAN TERBESAR:
a. Tidak ada jaminan BERTULIS di mana-mana berkenaan sumbangan tersebut dalam Surat Pajakan Tanah Felda (Diminta Peneroka dapatkan Peguam bagi menuntut kepada Felda untuk meneliti Surat Pajakan ini sebelum 1.1.2012) seperti dijanjikan Isa Samad dan Sabri Ahmad. Malah jumlah RM1 billion tidak cukup pun untuk peneroka berdasarkan perbelanjaan sebelum ini
b. Isa Samad dan Sabri Ahmad tidak akan meletakkan JAMINAN BERTULIS kerana ini mengurangkan minat pelabur dan kapitalis terhadap penyenaraian anak-anak syarikat Felda. Pelabur dan golongan kapitalis bermodal besar Cuma berminat memiliki segala pendapatan, tanah dan lain-lain aset Felda dan tidak berminat memberi SEDEKAH PERCUMA kepada Felda untuk peneroka
c. Segala kata-kata, janji dan jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad pada masa ini TIDAK LAKU kerana tidak mewakili Lembaga Pengarah Felda Global Ventures yang baru nanti apabila Felda Global Ventures disenaraikan. Isa Samad dan Sabri Ahmad sekadar bertaraf kontrak dan apabila masing-masing sudah kenyang akan pergi dan TIDAK LAGI BERTANGGUNGJAWAB terhadap kenyataan mereka sebelum ini. Sabri Ahmad sendiri pernah terlibat penyelewengan RM120 juta di syarikat Golden Hope Plantation Bhd (sebuah syarikat yang pada masa itu telah disenarai) yang disiasat oleh KPMG Forensics dan didapati bersalah sehingga dipaksa Lembaga Pengarah Sime Darby untuk meletak jawatan. Skandal Sabri Ahmad dan berita ini dilapor akhbar utama dan media alternatif sekitar Jun 2008 dan skandal salah laku Sabri Ahmad pernah ditanya oleh YB Wee Choo Keong di Parlimen (Link: http://www.1malaysia.com.my/zh/news/pnb-will-not-interfere/) dan http://findarticles.com/p/news-articles/new-straits-times/mi_8016/is_20080611/sime-fires-2-execs/ai_n44404255/ ) Tentang Isa Samad tidak perlu lagi didedahkan siapa beliau. Masih rasa selamatkah peneroka-peneroka Felda, kakitangan Felda terhadap 2 individu utama ini yang muncul di semua media dan sesi penerangan yang meminta supaya mereka diyakini untuk ubah masa hadapan Felda?
Semua fakta-fakta ini akan terbukti jika terdapat wakil peneroka membuat laporan polis dan melantik peguam menyaman dan mendapatkan injuksi mahkamag menghalang Felda dari memasuki perjanjian yang meragukan dan melibatkan masa hadapan peneroka dan anak-anak.
Juga minta peguam-peguam anda meminta Felda dedahkan secara telus berkenaan keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda yang mana lain diputuskan lain diberitahu oleh Isa Samad dan Sabri Ahmad semasa penerangan di media dan kepada himpunan peneroka dan kakitangan. Turut tertipu adalah pegawai Jabatan Perdana Menteri dan pejabat Timbalan Menteri Felda sendiri tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana Isa Samad menjaja nama PM Najib merata-rata.
facebook Comments