Monday, October 10, 2011

Mereka Menghasut Peneroka Felda

Sumber : Raja Petra Kamaruddin
10Oktober2011

Oleh Suara Felda
Salam Perjuangan.
Wakil-wakil Warga Felda daripada kakitangan dan peneroka telah dipanggil oleh ISA untuk mengadakan sesi taklimat bersama Pengerusi Felda pada 19 Oktober 2011 di Dewan Perdana Felda dengan aturcara pertemuan peneroka bermula pagi hingga tengahari dan pertemuan bersama pengurusan pula pada sebelah petang. Mungkin pasukan ISA risau bahawa ramai Warga Felda tidur atau menukar saluran lain semasa temuduga ISA di TV3 tempohari.Warga Felda secara profesionalnya akan menghadirkan diri walaupun mengetahui bahawa mereka sedang memasuki perangkap dipasang ISA dan Sabri Ahmad iaitu:
1) Warga Felda menjangkakan ulangan kata-kata retorik transformasi dan kelebihan penyenaraian serta sebab mengapa ISA perlu menerajui KPF
2) Warga Felda menjangkakan nama PM akan dijual berkali-kali sehingga dari perasaan kasih akan bertukar benci kerana PM bersengkongkol dengan ISA yang mengetepikan pandangan pengurusan Felda dan peneroka, setelah keputusan dibuat dan hingar-bingar berlaku, barulah terkinja-kinja cari sokongan
3) Warga Felda menjangkakan segala bentuk gula dan pemanis akan diberikan kepada peneroka manakala kepada pengurusan dan kakitangan akan dijanjikan tali gantung jika berani menentang.
4) Warga Felda sudah mula berlatih paksa diri untuk gelak kerana lawak pak pandir ISA yang akan menggunakan jenaka yang membesar-besarkan diri dan merendah-rendahkan orang lain
5) Warga Felda tahu gambar mereka menghadiri program ini akan diambil dan boleh diberikan kepada akhbar atau kepada PM sebagai bukti sokongan meningkat kepada ISA
6) Warga Felda tahu ada antara mereka akan ada yang diwawancara dan terpaksa memberi jawapan yang memuaskan hati ISA sebagai menjaga periuk nasi mereka

Sesungguhnya, warga Felda bersedia memberi kemenangan kosong ini kepada ISA dan juak-juaknya di atas faktor kekuatan kuasa politik dan kewangan ISA dan Sabri Ahmad. Warga Felda mengucapkan tahniah di atas penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 dan menyokong Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 melakukan perkara berikut:

Meminta Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 mencabar kenyataan ISA samad:

“Saya yang paling layak…Dato Dzul dan Dato Sabri tidak layak kerana ada kuasa eksekutif”

1.       Memberikan bukti undang-undang Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang menyatakan beliau layak menjadi Pengerusi KPF sekalipun berkali-kali menggunakan nama PM
2.       Memberikan bukti undang-undang KPF dan undang-undang koperasi yang menyatakan Dato Dzul tidak layak memegang jawatan Pengerusi KPF serta ingin menegaskan bahawa Dato Sabri Ahmad tidak layak memegang jawatan Pengerusi KPF berdasarkan undang-undang kecil KPF
3.       Membuktikan bahawa tindakan beliau bukan bersifat penyingkiran atau rampasan kuasa Pengerusi KPF melalui:
a.       Membuktikan tindakan beliau mengikut kronologi adalah melalui saluran undang-undang KPF dan koperasiyang sah
b.      Mengemukakan bukti perletakan jawatan Pengerusi KPF sekarang, pengumuman dalam mesyuarat agung luar biasa dan bukti ianya telah diluluskan sebelum tindakan penyingkiran dilakukan semasa Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda pada 22 Ogos 2011 iaitu semasa Pengerusi KPF yang juga Pengarah Besar Felda menunaikan Umrah di 10 Ramadan terakhir
4.       Memberikan bukti kukuh bahawa daripada berpuluh ribu lagi ahli KPF sedia ada, beliau adalah yang paling layak memegang jawatan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda
5.       Memberikan bukti hak beliau untuk menjadikan KPF sebagai sayap pelaburan utama dan hak beliau menstrukturkan semula KPF berbanding hak berpuluh ribu ahli KPF yang sah dan lembaga pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli KPF semasa Mesyuarat Agung. Ahli-ahli KPF adalah lebih berhak menentukan sama ada ingin terlibat dalam mana-mana pelaburan akan datang dan wajar diberikan penerangan semasa sesi Mesyuarat Agung yang telah dilangkaui sama sekali oleh ISA samad

 Meminta Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 mencabar kenyataan ISA samad:

“Saya tidak tamak jawatan….saya sudah biasa memegang jawatan Menteri Besar dan Menteri”

1.       Mendedahkan jawatan-jawatan yang dipegang dalam anak-anak syarikat Felda, tarikh mula jawatan tersebut dan jumlah elaun-elaun yang diterima
2.       Mendedahkan kaedah digunapakai bagi penyingkiran pemegang jawatan Pengerusi MSM Holding daripada Datuk Raja Sharifuddin Hizan, penyingkiran Tan Sri Yusof Noor dari Pengerusi Yayasan Felda dan sekarang penyingkiran Dato Dzulkifli Abd Wahab dari Koperasi Permodalan Felda dan terbaru sebagai Pengurus Felda United FC
3.       Mendedahkan secara telus kontrak-kontrak yang telah diberikan kepada kroni politik dan juga saudara mara sebagai contoh pemberian kontrak bernilai RM1 juta kepada CCM Pharma bagi perubatan jemaah haji yang dikaitkan dengan anak ISA sendiri
4.       Mencabar ISA samad membuktikan kata-kata beliau dengan menarik balik rampasan kuasa Pengerusi KPF serta-merta, mengisi borang keahlian dan menunggu kelulusan serta menunggu hingga cukup 2 tahun sehingga layak bertanding menjadi Pengerusi KPF

Meminta Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 di atas permintaan warga wanita Felda mendesak Isteri ISA samad, Bibi Sharliza supaya:

1.       Tidak menjadikan mana-mana pejabat berkaitan Felda seperti Yayasan Felda untuk kegunaan peribadi beliau serta mengecam penggunaan wang Felda bagi membayar pegawai khas serta pembantu beliau dalam Felda. Tidak terdapat dalam peruntukan Felda untuk isteri Pengerusi Felda diberi keistimewaan tersebut dan tidak pernah dilakukan Isteri Pengerusi Felda dahulu
2.       Berhenti campur tangan dalam urusan pentadbiran dan program-program NGO wanita Felda
3.       Menggunakan wang sendiri jika berhajat mempopularkan diri dan mengejar jawatan dalam Wanita UMNO dan bukan menggunakan wang Yayasan Felda dan Felda dalam melaksanakan program kempen Wanita UMNO dalam rancangan-rancangan Felda

Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 mendesak Sabri Ahmad, CEO Felda Global Ventures:

1.       Mendedahkan tempoh kontrak beliau sebagai CEO Felda Global Ventures dan jumlah elaun yang diterima bagi mengelakkan tuduhan beliau cuba menyambung kontrak perkhidmatan yang sangat lumayan dengan menyokong agenda ISA samad seperti rampasan kuasa Pengerusi KPF dan penyenaraian Felda Global Venture di BSKL
2.       Menjelaskan dakwaan bahawa perlantikan CIMB sebagai broker penyenaraian Felda Global Ventures telah pun disahkan melalui siri perbincangan yang diadakan baru-baru ini dan lain-lain kenyataan bermula sekarang sehingga waktu penyenaraian adalah sekadar silap mata. Sabri Ahmad diminta menjelaskan kenapa Maybank sebagai banker utama Felda di mana Felda di mana Felda mempunyai saham di dalamnya tidak diberi peluang sebagai broker semasa penyenaraian MSM Holdings
3.       Mengumumkan Pasukan Felda Global Ventures SB yang merangka kertas kerja penyenaraian Felda Global Ventures SB dan adakah pasukan yang sama terlibat dalam kerugian-kerugian di alami Felda di luar Negara seperti pelaburan ke atas Felda IFFCO, Twin Rivers Technologies, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan Felda Global Ventures Arabia. Felda Global Venture SB perlu mendedahkan situasi sebenar terkini pelaburan tersebut kepada warga Felda dan adakah tindakan diambil kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap pelaburan tersebut. Sabri Ahmad juga perlu dedahkan adakah orang yang sama mengendalikan Felda Global Ventures selepas penyenaraiannya walaupun orang yang sama terbukti tidak cekap
4.       Mendedahkan laporan terkini projek daging lembu halal yang diusahakan Felda IffcoAllana Malaysia Sdn Bhd yang telah dilancarkan PM pada 7 Jun 2011 dan berapa jumlah dibelanjakan bagi tujuan tersebut
5.       Menjelaskan secara terperinci pinjaman penggunaan wang KWSP sebanyak RM6 Billion, terma dan cagaran yang diberikan oleh KWSP serta tempoh pembayaran balik
6.       Mengakui bahawa tindakan penyenaraian ini cuma melibatkan kumpulan individu berikut iaitu:
a.       ISA samad
b.      Pengurusan tertinggi Felda Global Ventures
c.       GAPROF (entiti tidak berdaftar di bawah seliaan Seranta Felda UMNO, Jabatan Perdana Menteri)
d.      Seranta Felda UMNO, Jabatan Perdana Menteri
Manakala pandangan wakil gabungan peneroka dan pengurusan Felda diketepikan atas dasar hanya orang bisnes yang lebih mengetahui dan cukup sekadar diberi penerangan dan habuan semasa penyenaraian Felda Global Ventures sedangkan terlalu banyak keputusan pelaburan di atas mengalami kerugian
7.       Mengakui bahawa kempen ‘Public Relation’ Felda Global Ventures yang menyebut KPF membuat keuntungan RM300 juta semasa penyenaraian MSM Holdings adalah atas kertas semata-mata dan yang benar-benar membuat keuntungan adalah mereka yang melakukan jualan keuntungan jangka pendek. Kempen ‘Public Relation’ Felda Global Ventures yang dijalankan oleh Jabatan Komunikasi Korporat Felda Global Ventures juga tidak menjelaskan:
a.       Semasa penyenaraian MSM Holdings, 90% kakitangan Kumpulan Felda, peneroka dan generasi baru Felda tidak mendapat pink form atau white form bagi tujuan pemilikan saham MSM Holdings
b.      Hakikat situasi pasaran semasa dunia serta pada tempoh penyenaraian iaitu pada tahun 2012 di saat pasaran dunia dijangka meleset dan mendedahkan syarikat-syarikat Felda yang bernaung di bawah Felda Global Ventures kepada faktor pengurangan ekuiti milik Felda kepada pihak luar dan risiko tinggi pendedahan aset-aset seperti tanah, bangunan pejabat dan hotel, kilang, mesin-mesin, produk dan jenama milik Felda
8.       Mengakui bahawa kedudukan ISA samad dan Sabri Ahmad adalah selamat kerana bertaraf kontrak dan jika berlaku perkara buruk kerana penyenaraian tersebut seperti kemelesetan ekonomi, ISA samad, Isteri dan Sabri Ahmad pada bila-bila masa boleh meninggalkan kontrak mereka dan membiarkan warga Felda menanggung kesan dan akibat penyenaraian tersebut

Akhir Sekali, Warga Felda menyokong Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 yang bermatlamat utama untuk mendesak perletakan jawatan ISA samad sebagai Pengerusi Felda dan lain-lain jawatan di dalam entiti-entiti Felda dan dengan ini menyeru Warga Felda bersama-sama:

1.       Menandatangani Petisyen Meminta Perletakan Jawatan ISA samad sebagai Pengerusi Felda sama ada melalui kempen di rancangan-rancangan Felda, pejabat-pejabat Felda serta melalui kempen maya Facebook
2.       Menyertai Siri Solat Hajat selamatkan Koperasi Permodalan Felda dan anak-anak syarikat Felda
3.       Mendapatkan pandangan sebanyak mungkin dari pakar ekonomi bebas bukan sahaja segi kelebihan malah risiko-risiko pelaburan dan kesan penyenaraian Felda Global Ventures terhadap ekuiti milik Felda seperti pendapatan sekarang dan masa hadapan, tanah, lading, bangunan pejabat dan hotel, kilang-kilang, mesin dan lain-lain
4.       Mendapatkan pandangan pakar undang-undang koperasi seperti Suruhanjaya Koperasi berkenaan hak mereka dalam isu penyingkiran Pengerusi KPF sekarang serta meneruskan gelombang membuat laporan polis terhadap tindakan rampas kuasa Isa Samad
5.       Memulakan gelombang jingga dengan pemakaian baju berwarna dan bercorak jingga pada setiap hari Isnin berkerja
6.       Menyeru pengurusan Felda, kakitangan dan peneroka member ruang seluas-luasnya kepada pemimpin dan wakil Pakatan Rakyat untuk masuk Felda dan memberi penerangan isu-isu ini dan lain-lain sehingga matlamat bersama iaitu ISA samad, Isteri dan Sabri Ahmad disingkir keluar
7.       Menyeru pengurusan Felda, kakitangan dan peneroka menolak semua program penerangan yang dianjurkan oleh Felda Global Ventures dan Seranta Felda UMNO di kawasan-kawasan Felda dengan memboikot program penerangan tersebut sebagai balasan keangkuhan mereka menolak pandangan dan memperlekehkan pengurusan Felda, kakitangan dan peneroka
8.       Menyeru warga Felda menyertai himpunan Warga Felda Tolak ISA di Ibu Pejabat Felda pada tarikh yang akan diumumkan kelak
9.       Menyeru warga Felda dan rakyat bersimpati dengan warga Felda melakukan All-Felda Hartal 2011 melalui pemboikotan produk dan perkhidmatan di bawah Felda Global Ventures, terutamanya syarikat-syarikat yang dipengerusikan ISA samad. Senarai syarikat, barang dan produk perkhidmatan untuk diboikot akan diumumkan kelak
10.   Memberikan isyarat terakhir penolakan kepimpinan ISA samad di rancangan-rancangan Felda melalui undi rosak kepada calon-calon Barisan Nasional atau mengundi calon-calon Pakatan Rakyat sebagai pengajaran kepada PM dan wakil-wakil Barisan Nasional yang tidak mengendahkan suara Warga Felda
facebook Comments