Wednesday, September 21, 2011

Generasi muda Felda keliru

Generasi muda Felda keliru



Sinar Harian (21/09/2011) :

FELDA SEBERTAK – Anak peneroka dan generasi muda Felda keliru apabila menerima borang permohonan tanah Felda Plantation yang dikeluarkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Borang berkenaan diedarkan baru-baru ini oleh wakil persatuan itu di setiap tanah rancangan, di sini.

Ramlan Muah, 43, berkata, setelah menerima dan meneliti isi kandungan pada borang terbabit, ramai dalam kalangan generasi kedua Felda ragu-ragu sama ada untuk mengisinya atau tidak.

“Jika betul Felda mempunyai tanah untuk kami (generasi kedua), kami bersyukur. Tapi jika tidak betul, janganlah buat kami mengharap.

“Atau sebenarnya tujuan mereka (Anak) berbuat demikian semata-mata untuk memancing pengundi di Felda ini?” katanya kepada Sinar Harian.

Ramlan berkata, walaupun sebelum ini Felda pernah memaklumkan mereka tidak mempunyai tanah bagi generasi kedua, tetapi apabila keluarnya borang berkenaan, ia sedikit sebanyak menggugat kepercayaannya.

Katanya, jika perkara itu benar dan dia tidak mengisi borang tersebut, sudah tentu akan merugikan diri dan keluarganya.

Azmi Abu Hassan, 17, berkata, bukan semua generasi muda Felda menerima borang berkenaan.

Menurutnya, hanya mereka yang berumur 21 tahun ke atas dan layak mengundi sahaja yang menerimanya.

“Saya yakin, bagi golongan belia bawah 21 tahun tidak menerima borang itu. Mungkin, jika kami mengisi borang itu tidak memberi sebarang keuntungan kepada Anak.

“Sedangkan, sebagai anak peneroka dan sekiranya perkara itu benar, seharusnya kami juga layak memohon demi masa depan kami,” katanya.

Bagi sukarelawan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Rosli Abu Kassim, tindakan Anak itu sekadar mengelirukan anak-anak peneroka yang sememangnya mahu memiliki tanah untuk dijadikan tempat berlindung.

Menurutnya, Anak tidak wajar berbuat demikian kerana Felda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan membuka tanah kepada generasi kedua Felda.

“Sememangnya dari dahulu lagi, Anak cuba menghuru-harakan keadaan dalam tanah rancangan terutamanya dalam kalangan generasi muda Felda.

“Setahu saya, Felda tidak pernah melantik mana-mana agensi atau persatuan untuk mengeluarkan borang bagi permohonan tanah Felda Plantation di negeri ini,” katanya.

Beliau berharap, generasi kedua tidak termakan pujukan Anak dengan mengisi borang berkenaan, sementara bagi mereka yang telah mengisi dan menyerahkan borang itu diharap tidak terlalu mengharap.
facebook Comments

304 Peneroka Saman Peguam

Tidak puas hati dengan pembahagian wang menang saman RM12 juta

Utusan Malaysia (19/09/2011) :
oleh Mohd. Firdaus Ismail - pengarang@utusan.com.my

Kuala Lumpur 19 Sept. - Seramai 304 dari 354 peneroka Felda Kemahang, Tanah Merah, Kelantan bertindak menyaman peguam yang mewakili mereka dalam kes saman kumpulan itu terhadap Felda sebelum ini.

Jurucakap Felda memberitahu, saman itu disebut di Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam kerana kumpulan itu tidak berpuas hati dengan pembahagian wang RM12 juta yang dimenangi dalam saman terhadap badan itu.

"Kos yang dibayar Felda sebelum ini adalah RM12 juta termasuk kos guaman dan sebagainya. Namun, sebahagian besar peneroka itu menyaman Firma Guaman Tetuan Wan Rohimi dan Asmadi serta ketua mereka yang membawa kes itu ke mahkamah sebelum ini."

"Saya difahamkan ada peneroka yang mendapat RM15,000, ada juga yang dibayar RM17,000 walaupun jumlah yang sepatutnya diterima ialah RM21,000 bagi setiap peneroka berkenaan,"  katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, ekoran itu timbul perasaan tidak puas hati kerana ada peneroka kumpulan itu yang meninggal dunia tidak mendapat bahagian tetapi muncul nama lain secara tiba-tiba.

Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkan Felda dan Felda Palm Industries Sdn. Bhd. membayar ganti rugi RM7.8 juta kepada 354 peneroka tersebut berhubung urus niaga penjualan hasil kelapa sawit.

Keputusan itu dibuat selepas firma guaman yang mewakili Felda tidak hadir dalam prosiding yang sepatutnya ditetapkan untuk menyambung perbicaraan.

Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd. Wahab pula ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Felda di Restoran Felda Villa sini hari ini berkata, beliau mengetahui perkara itu, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Saya tahu mengenai kes saman itu namun adalah lebih baik untuk tidak memberi sebarang komen buat masa ini kerana kerana menghormati mahkamah."

Menurutnya, Felda tidak pernah menutup ruang untuk bekerjasama dengan bekas peneroka.

"Felda bersedia membantu mereka sekiranya ingin kembali ke pangkuan Felda, malah sebelum ini kita tetap membantu mereka termasuk membeli hasil ladang kumpulan itu," katanya.
facebook Comments

Monday, September 19, 2011

Lagi peneroka Jengka saman Felda RM510 juta

Lagi peneroka Jengka saman Felda RM510 juta
Harakahdaily   
TEMERLOH, 19 Sept 2011 : Felda bakal berdepan musibah terbaru sebaik menerima tuntutan saman lebih RM510 juta dari peneroka di kawasan Jengka, Pahang dalam jangka masa terdekat.
Ini berikutan 345 lagi peneroka menyerahkan borang waran pelantikan peguam yang menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang menyaman Felda di kawasan itu setakat ini adalah seramai 1,056 orang, lapor Keadilan Daily.
Pada Julai lalu, Felda disaman oleh 711 peneroka di kawasan itu, selain deretan saman dari peneroka di Kelantan, Johor, dan Negeri Sembilan.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said dalam laman blognya mendedahkan, jumlah tuntutan oleh 1,056 peneroka terbabit merupakan jumlah terbesar setakat ini.
“Jumlah tuntutan sebanyak RM510,048,000.00 merupakan jumlah terbesar yang pernah dituntut oleh peneroka-peneroka Felda terhadap Felda,” katanya.
Lanjutan dari kes ini, Jawatankuasa Bertindak yang mewakili peneroka-peneroka terbabit mengadakan Majlis Penyerahan Borang Pelantikan Peguam yang disempurnakan dengan kehadiran Pengarah Guaman PKR, Latheefa Koya di Markaz PAS Felda Jengka 17, semalam.
(Gambar: Latheefa Koya menerima borang waran pelantikan peguam dari sekumpulan wakil peneroka Jengka sambil disaksikan Suhaimi Said.)
Menurut Suhaimi, saman itu dikemukakan berikutan peratusan kadar perahan gred (KPG) buah sawit yang dimanipulasi oleh Felda dan kilang-kilang Felda.
“Mereka (peneroka) menuntut buah sawit yang ditolak oleh kilang Felda kononnya buah-buah itu mengkal, muda dan tangkal panjang, walhal buah-buah ini diuji di makmal dengan peratusan perahan sebanyak 20 peratus.
“Buah-buah sawit dari kawasan ini telah dihantar ke makmal dan disahkan peratusan perahan KPG (Kadar Perahan Gred) tidak pernah menurun dari 27 peratus sedangkan Felda hanya membayar kepada peneroka di atas kadar perahan antara 17 peratus hingga 19 peratus.
“Ini mendatangkan kerugian yang amat besar kepada peneroka-peneroka. Kiraan selama 15 tahun kerugian yang ditanggung oleh peneroka-peneroka melebihi RM400,000.00 bagi setiap peneroka,” kata Suhaimi.
facebook Comments

Saturday, September 17, 2011

Orang Felda Haramkan Anwar Masuk Tanah Rancangan

Berikutan pendedahan video Anwar yang terbaru, generasi Felda telah menyatakan bantahan serta membuat resolusi untuk mengharamkan Anwar daripada menjejakkan kaki ke mana-mana tanah rancangan. Orang Felda tidak mahu terlibat sama bersubahat dengan perlakuan jijik dan keji beliau. Selain daripada itu, mereka juga menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak yang selama ini telah menyumbang jasa yang sangat besar di dalam membela nasib peneroka dan warga Felda.
facebook Comments

Pakatan Rakyat Mengganggu Felda Dan Peneroka Felda


Dahulu pihak pembangkang tidak menjadi isu kepada Felda kerana serangan yang ditujukan adalah kepada pemimpin politik BN seperti Najib dan lain-lain. Penyokong PR tetap menghormati status pengurusan Felda seperti pengurus rancangan,pengurus besar wilayah,pengarah dan DG Felda. Sekarang serangan pembangkang adalah terus kepada pengurusan Felda sendiri dan peneroka diajak supaya membenci semua peringkat pengurusan Felda dan pengurusan Felda digambarkan sebagai penzalim/along kepada warga peneroka,bukan lagi hero yg berjuang meningkatkan taraf hidup mereka.Usaha menyaman giat Felda dilakukan dgn mengumpul dana setiap seorang bermula dgn RM50.00 dan berakhir dengan cas beribu ringgit setiap seorang.Akhirnya,tiada lagi harmoni antara pengurusan Felda dan peneroka dan inilah matlamat baru PR yang patut ditentang.
facebook Comments