Dimanakah beliau akan bertanding ? Berkemungkinan beliau akan bertanding di Dewan Undangan Negeri Rantau iaitu kerusi DUN Menteri Besar sekarang yang dimenangi oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan ataupun di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang iaitu kerusi DUN Pengerusi Felda sekarang yang dimenangi oleh YAB Tan Sri Isa Bin Haji Samad.
Karier politik beliau tercetus setelah beliau mengisytiharkan perang secara senyap terhadap dasar Najib untuk mengapungkan saham FGVH. Ekoran daripada peristiwa tersebut, beliau talah membuat pengumuman bahawa Najib telah memecat beliau. Konflik itu telah menjadi perang di antara beliau, Najib dan tan Sri Isa. Kebelakangan ini, beliau diberitakan mendapat sokongan kuat dari parti PAS melalui ANAK oleh Mazlan Aliman.
Malaysia mungkin bakal menyaksikan seorang lagi tokoh korporat menjadi tokoh politik yang berwibawa sebagaimana Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.
Para peneroka Felda menyokong penuh kepimpinan Datuk Zulkifli Wahab sekiranya beliau meneruskan hasratnya dan peneroka Felda akan memastikan tiada satupun undi yang tidak memihak kepada beliau.
Calon PAS Bagi Kerusi MB N9 |
0 comments:
Post a Comment